SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Tuesday, December 15, 2009

MUKADIMAH




Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bagi individu, kelompok dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah sosial dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan faktor utama menjadi pegangan setiap lapisan pekerja, sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang berhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.
Justeru itu setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran kerja yang unggul serta bersikap positif terhadap tugas dan kewajipannya.
Kod Etika ini adalah piawaian yang harus diamalkan untuk menjamin perkhidmatan kemasyarakatan yang berkesan dan berkualiti serta disampaikan oleh pekerja yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap kewajipann

Latar Belakang Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah ( PKMD) Kuantan pada mulanya terletak di kawasan berhampiran pintu masuk bangunan Wsma Sri Pahang. Kedudukannya yang strategik di bahagian pusat bandar serta berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, ianya memudahkan pelanggan datang untuk mendapatkan perkhdmatan. Bermula dari 01 Jun 2009, PKMD Kuantan telah berpindah ke bangunan baru di Kompleks Penyayang. Sebagai ibu negeri Pahang, PKMD Kuantan bertanggungjawab kepada penyediaan perkhidmatan di seluruh daerah Kuantan yang berkeluasan 296,042.09 hektar dengan populasi seramai 400,000 penduduk serta terdapat 7 buah mukim dan 65 buah kampung.

MISI , VISI , & OBJEKTIF

MOTO
Berkat Berjasa

OBJEKTIF
Memberi perlindungan & pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap & peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya & penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan melalui perkhidmatan kebajikan, pembangunan sosial yang professional & perkongsian tanggungjawab yang strategic.

STRATEGIK
Mengoptimumkan keupayaan & potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar jabatan.
Memastikan aspek kebajikan diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh
Mempertingkatkan perkongsiaan bijak dan strategic melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi antarabangsa.
Mempertingkatkan pengurusan sumber manusia secara optimum.
Mempertingkatkan kualiti perancangan & pengurusan kewangan serta teknologi maklumat & komunikasi secara profesional.


DASAR KUALITI

Jabatan Kebajikan Masyarakat komited untuk memberi perkhidmatan secara professional yang berteraskan nilai kerja social demi memenuhi keperluan & kepuasan klien dalam mewujudkan masyarakat sejahtera dengan usaha berikut :
Mematuhi peraturan & undang-undang
Menambahbaik keberkesanan system pengurusan kualiti secara pengurusan
Mewujudkan objektif kualiti & memantau pencapaiannya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengenalpasti kelemahan dalam organisasinya dan akan melaksanakan program menambahbaikan melalui kajian kepuasan pelanggan, memantau & mengkaji semula prestasi mengikut objektif kualiti yang telah ditetapkan bagi setiap bahagian/unit.
Tindakan segera terhadap prestasi yang lemah akan dirancang & dilaksanakan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang bermasalah dan tidak berkemampuan dengan :
Memberi jagaan & perlindungan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya & memastikan kerahsiaan pelanggan tidak dhebohkan;
Menggerakkan perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari;
Mewujudkan kemudahan jagaan & perlindungan.
Menjalankan usaha-usaha pencagahan masalah daripada berlaku dan merebak.
Menjalankan kegiatan pemulian mangsa masalah sosial supaya berdikari.
Membantu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’S) dalam khidmat mereka kepada kumpulan sasar.
Membangunkan kesedaran masyarakat kearah penglibatan & penyertaan dalam kerja kebajikan.
Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan & latihan yang berkesan.

Monday, December 14, 2009

SENARAI NAMA KAKITANGAN/NO. KAD PENGENALAN/ JAWATAN PKMD DAERAH KUANTAN

BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN JAWATAN
1. MOHD HAMIZAN BIN NASIR 750416-06-5549 PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN S44
2. ZARITA BT BADARUL HISHAM 840311-10-5128 PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41
3. NOOR SHAMSIAH BT HUSSIN 840807-11-5178 PEGAWAI PSIKOLOGI S41
4. ZALINA BINTI YUSOFF 770128-03-5386 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S32
5. MOHD NIZAM BIN MAT NAPI 740122-11-5178 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S32
6. WAN ROHANA BT WAN MUSTAFA 720501-06-5124 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
7. NURUL HUDA BT ALIAS 820103-06-5100 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
8. SULAIMAN BIN MAT SAAD 590214-06-5049 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
9. ZATAMAH BINTI YAHYA 610110-06-5402 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
10. NAZILAH BINTI ISMAIL 760330-06-5272 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
11. KAIRUL AZRIN BIN MATSIAH 770102-05-5143 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
12. ROHIMAH BINTI ABDUL HALIB 810110-06-5402 PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI S27
13. SITI FATIMAH BINTI BUAH 830223-13-5504 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
14. MARY ANAK CHIMI 830111-13-5016 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
15. AFIDAH BINTI ISMAIL 820803-14-5398 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
16. ABDUL RAZAK BIN MAMAT 640124-06-5363 PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
17. NORDIN BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT S27
18. KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL HAMID 630416-06-5227 PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
19. KHASHI’AH BT MUDA 630615-06-5342 PEMBANTU KANAN KEBAJIKAN MASYARAKAT S22 (M)
20. SAHARUDIN BIN ABDULLAH 730614-11-5553 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S22 (M)
21. SAFRI IRWAN BIN MUSHAFIL ADZEMI 811005-06-5129 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
22. AHMAD FAIZUL ASWAD BIN MOHAMED 860107-06-5227 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17





BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN JAWATAN
23. AMER AMIRUDDIN BIN YUSOF @ AYUB 850925-03-5637 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
24. MUHAMMAD HARISH BIN ABDUL GHANI 831205-06-5113 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
25. EDIE AKHBAR BIN ABDUL MANAN 790928-06-5055 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
26. MOHD NAZROL BIN AHMAD 760105-06-5647 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
27. MUHAMAD ZUKHAIRI BIN ZAINUABIDIN 820529-06-5407 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
28. CHE MUHAMAD FAIRUZ BIN CHE MUHAMMAD ADNAN 840103-01-5371 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
29. JEFRY ANAK LANGGONG 860522-52-6529 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
30. JOEDE BIN ONSOL 870624-49-6075 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
31. MOHD FAIZAL BIN AHMAD 821021-01-5075 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARKAT S17
32. AZURA BT MOHD RAZALI 840708-01-6254 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
33. MAISURAH BINTI HAMZAH 741006-06-5584 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARKAT S17
34. SHAHRIL IZZUWAN BIN ISMAIL 821113-14-5459 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
35. NORLIDA BINTI ABDULLAH 810108-06-5362 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
36. SABIAH BINTI MUDA 800706-06-5128 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
37. JAMALUDDIN BIN MOHD ALI 700103-06-5411 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
38. MOHD ROUZLAN BIN OSMAN PAIMAN 610226-06-5009 PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17
39. MAHAZAN SUBUHI BIN ABD RAHMAN 840916-06-5253 JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
40. MOHD FAIZAL BIN ROZUAN 850114-06-5613 PEMBANTU TADBIR (P/O) N 17
41. JAMILAH BINTI FADIL 680615-12-5478 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17
42. ANITA BINTI DALISAN 780805-12-5282 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17
43. DIANARISA BT MOHD BADRI 760107-06-5368 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17
44. WAN RAMLAH BT WAN GHANI 610819-06-5346 PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
45. ABDUL RAHIM BIN ABDUL MAJID 680824-06-5109 PEMBANTU AM RENDAH N1
46. BADRUL HISHAM BIN RAMLI 691224-06-5299 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3
47. HASMADI BIN MAT NOOR 740722-03-5007 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3
48. NOR AZMI BIN MOHD YUSOF 771225-06-5821 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3

Latar Belakang Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan



Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah ( PKMD) Kuantan pada mulanya terletak di kawasan berhampiran pintu masuk bangunan Wsma Sri Pahang. Kedudukannya yang strategik di bahagian pusat bandar serta berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, ianya memudahkan pelanggan datang untuk mendapatkan perkhdmatan. Bermula dari 01 Jun 2009, PKMD Kuantan telah berpindah ke bangunan baru di Kompleks Penyayang. Sebagai ibu negeri Pahang, PKMD Kuantan bertanggungjawab kepada penyediaan perkhidmatan di seluruh daerah Kuantan yang berkeluasan 296,042.09 hektar dengan populasi seramai 400,000 penduduk serta terdapat 7 buah mukim dan 65 buah kampung.

LAPORAN AKTIVITI UNTUK DIMUATKAN DALAM BULETIN


Setiap bulan Unit Pembangunan Komuniti , PKMD Kuantan akan mengadakan Unit Khidmat Penyayang (UKP) di lokasi yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian. UKP adalah unit bergerak yang berfungsi memberi perkhidmatan, menjalankan pendaftaran dan pengurusan bantuan kebajikan di semua kawasan termasuk kawasan terpencil. Pada tahun ini, Program Unit Khidmat Penyayang (UKP) telah diadakan di lokasi seperti berikut:-

BIL TARIKH LOKASI CATATAN

1. 10.5.2009
(Ahad) Arkib Nelayan Beserah, Kuantan. UKP terlibat sempena perasmian Nur @ Rumah yang dirasmikan oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2. 23.7.2009
(Khamis) Pusat Komuniti Kampung Belukar, Kuantan. Program UKP melibatkan 9 orang kakitangan jabatan termasuk 4 daripadanya adalah pegawai projek cari. Sebanyak 14 kes telah dilayan dan disiasat. YB Dato’ Haji Shafik Fauzan bin Sharif DIMP., SMP yang merupakan ADUN Inderapura bersama Ketua Kampung Belukar turut serta bagi menjayakan program ini.

3. 1.8.2009
(Sabtu) Perkarangan Rumah Pangsa Kampung Selamat, Kuantan. UKP terlibat sempena Karnival Kesihatan Dan Kemiskinan JKKK Bersama NGO Dalam Daerah Kuantan. Program ini dirasmikan oleh YB Chang Hong Seong yang merupakan ADUN Teruntum dan juga mendapat kerjasama daripada Pengerusi JKKK Tg. Api/Kg. Selamat/Galing Kecil. Seramai 7 orang kakitangan jabatan terlibat termasuk 2 orang pegawai projek cari. Sebanyak 32 kes telah diterima dan disiasat.

4. 3.9.1009
(Khamis) Balairaya Kampung Tiram, Kuantan. Program UKP ini disertai oleh Ketua Kampung Tiram Encik Ab. Rahaman bin Mohamad. Seramai 7 orang kakitangan yang terlibat termasuk 3 orang pegawai projek cari. Sebanyak 12 kes telah dilayan dan disiasat.

5. 29.10.2009
(Khamis) Balairaya Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan. Program UKP ini mendapat kerjasama daripada Ketua Kampung Sungai Karang Darat di mana seramai 6 orang kakitangan yang terlibat. Sebanyak 73 kes telah dilayan dan disiasat.
(seperti keratan akhbar yang dikembarkan).

BERITA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN




Program Operasi Pengemis Bersepadu ini dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama pihak Imigresen Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia melibatkan 30 orang anggota. Operasi ini diadakan bagi memastikan bandar Kuantan bebas daripada pengemis dan kutu rayau. Ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar lestari sebagaimana komitmen Local Agenda 21 (LA 21). Sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 7 tangkapan dibuat melibatkan pengemis dan kutu rayau. Hasil pemeriksaan dan siasatan, 2 orang dibebaskan, 2 orang diserahkan kepada pihak Imigresan Pahang, 2 orang ditahan di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan serta seorang lagi diperintahkan dibawah Perintah AOP Seksyen 3(4) 1977 dan dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng, Melaka.Adalah menjadi harapan agar program ini akan diadakan secara berkala dan mendapat kerjasama yang jitu daripada semua agensi yang terlibat. Pegawai-pegawai JKM cuba memujuk pengemis untuk dibawa ke balai bagi siasatan. Hasil siasatan mendapati pengemis merupakan warga asing dan telah diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya.

PROGRAM : DARI HATI KE HATI (PKMD BERSAMA PETUGAS PDK DAERAH KUANTAN)
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 21.06.2008
BERTEMPAT : DHE RHU BEACH RESORT KUANTAN 152 SG. KARANG 26100 BESERAH
KUANTAN, PAHANG.

Program Dari Hati Ke Hati dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan. Program ini melibatkan semua Penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kuantan. Program ini bertujuan mengenalpasti permasalahan di kalangan petugas-petugas PDK. Selain itu juga program ini merupakan platform bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini di PDK, serta satu alternatif bagi memperolehi idea-idea yang bernas daripada semua PDK untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta menambahbaik program pemulihan OKU di PDK. Program ini juga adalah untuk mengenalpasti sejauh mana perancangan yang dibuat bagi tempoh 2 tahun yang akan datang bagi setiap PDK. Secara umumnya objektif program ini tercapai melalui satu jambatan pertemuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara JKM dan PDK. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Shamsiah Binti Husin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

PROGRAM : SAYANG DI SAYANG BKP KUANTAN 2008
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 14 JUN 2008
BERTEMPAT : TASKA PENYAYANG CENDERAWASIH

Program Sayang Di Sayang Bridged Kebajikan Perdana (BKP) dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Program ini disertai oleh 50 orang termasuk ahli BKP Kuantan, ahli BKP JKMN Pahang, AJK Taska Penyayang, Petugas Taska Penyayang serta sukarelawan setempat. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kesukarelawan dan semangat berpasukan di kalangan ahli BKP. Program mengecat bangunan Taska Penyayang Cenderawasih yang baru berpindah ke premis baru ini diadakan secara bergotong-royong, membersihkan serta mengindahkan kawasan taska tersebut . Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ialah hiasan landskap, melukis lukisan dinding dan sebagainya.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang dihasratkan. Program berbentuk kemasyarakatan ini perlu diteruskan untuk melahirkan ahli BKP yang aktif, prihatin dan cinta kepada kerja-kerja sukarela.

PROGRAM : PROGRAM MINGGU ILMIAH DAN SUKANEKA III
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 31 MEI 2008 & 1 JUN 2008
BERTEMPAT : PADANG BOLA SEPAK KG. SUNGAI ULAR
Program Minggu Ilmiah Dan Sukaneka iii merupakan program naungan PKMD Kuantan dengan kerjasama Bridged Kebajikan Perdana (BKP), Pusat Tuisyen Desa Gemilang dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kg. Sungai Ular. Program tersebut adalah satu usaha menghidupkan kembali aktiviti tahunan dengan bersukan. Selain itu juga program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri pelajar dalam aktiviti ilmiah. Secara positifnya program ini memberi kesan yang baik dan impak yang mendalam kepada ahli BKP dan yang menyertainya.

Minggu Ilmiah dan Sukaneka III ini telah diadakan selama 2 hari. Acara ilmiah telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 31 Mei 2008 di Pusat Tuisyen Desa Gemilang. Antara acara ilmiah yang dipertandingkan adalah seperti :

Pertandingan Membaca
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Nasyid
Spelling Contest
Pertandingan Mewarna
Manakala acara sukaneka diadakan pada hari Khamis bersamaan 1 Jun 2008 bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Sungai Ular. Seramai 180 orang peserta.
Pelbagai acara telah dilangsungkan melibatkan para peserta, urusetia dan masyarakat kampung. Antara acara yang dilangsungkan seperti berikut :

Larian obor
Lari dalam guni
Bola gua
Rakit darat
Gula-gula dalam tepung
Bina piramid
Golek tayar
Junjung pundi kacang
Bakul lapar
Bawa air dalam sudu
Boling padang
Lari 30 meter
Tarik tali
Lari dalam guni
Secara keseluruhannya, Program Minggu Ilmiah dan Sukaneka III ini berjaya dianjurkan dengan jayanya. Pelbagai pihak mula melibatkan diri dalam menyumbangkan sumbangan bagi menjayakan program kemasyarakatan tersebut. Selain daripada Briged Kebajikan Perdana dan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Kg. Sungai ular, program ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti :
Parlimen Indera Mahkota
ADUN Beserah
Jabatan Kerja Raya
Sekolah Kebangsaan Sungai Ular
Lis Naa Ree Beach Resort
Mercu Beach Resort
BTL Enterprise

PROGRAM SUKANEKA
TARIKH : 1 JUN 2008
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK
KAMPUNG SUNGAI ULAR