SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Tuesday, December 15, 2009

MISI , VISI , & OBJEKTIF

MOTO
Berkat Berjasa

OBJEKTIF
Memberi perlindungan & pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap & peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya & penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan melalui perkhidmatan kebajikan, pembangunan sosial yang professional & perkongsian tanggungjawab yang strategic.

STRATEGIK
Mengoptimumkan keupayaan & potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar jabatan.
Memastikan aspek kebajikan diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh
Mempertingkatkan perkongsiaan bijak dan strategic melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi antarabangsa.
Mempertingkatkan pengurusan sumber manusia secara optimum.
Mempertingkatkan kualiti perancangan & pengurusan kewangan serta teknologi maklumat & komunikasi secara profesional.


DASAR KUALITI

Jabatan Kebajikan Masyarakat komited untuk memberi perkhidmatan secara professional yang berteraskan nilai kerja social demi memenuhi keperluan & kepuasan klien dalam mewujudkan masyarakat sejahtera dengan usaha berikut :
Mematuhi peraturan & undang-undang
Menambahbaik keberkesanan system pengurusan kualiti secara pengurusan
Mewujudkan objektif kualiti & memantau pencapaiannya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengenalpasti kelemahan dalam organisasinya dan akan melaksanakan program menambahbaikan melalui kajian kepuasan pelanggan, memantau & mengkaji semula prestasi mengikut objektif kualiti yang telah ditetapkan bagi setiap bahagian/unit.
Tindakan segera terhadap prestasi yang lemah akan dirancang & dilaksanakan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang bermasalah dan tidak berkemampuan dengan :
Memberi jagaan & perlindungan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya & memastikan kerahsiaan pelanggan tidak dhebohkan;
Menggerakkan perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari;
Mewujudkan kemudahan jagaan & perlindungan.
Menjalankan usaha-usaha pencagahan masalah daripada berlaku dan merebak.
Menjalankan kegiatan pemulian mangsa masalah sosial supaya berdikari.
Membantu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’S) dalam khidmat mereka kepada kumpulan sasar.
Membangunkan kesedaran masyarakat kearah penglibatan & penyertaan dalam kerja kebajikan.
Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan & latihan yang berkesan.

No comments: