SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Monday, December 14, 2009

BERITA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN




Program Operasi Pengemis Bersepadu ini dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama pihak Imigresen Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia melibatkan 30 orang anggota. Operasi ini diadakan bagi memastikan bandar Kuantan bebas daripada pengemis dan kutu rayau. Ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar lestari sebagaimana komitmen Local Agenda 21 (LA 21). Sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 7 tangkapan dibuat melibatkan pengemis dan kutu rayau. Hasil pemeriksaan dan siasatan, 2 orang dibebaskan, 2 orang diserahkan kepada pihak Imigresan Pahang, 2 orang ditahan di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan serta seorang lagi diperintahkan dibawah Perintah AOP Seksyen 3(4) 1977 dan dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng, Melaka.Adalah menjadi harapan agar program ini akan diadakan secara berkala dan mendapat kerjasama yang jitu daripada semua agensi yang terlibat. Pegawai-pegawai JKM cuba memujuk pengemis untuk dibawa ke balai bagi siasatan. Hasil siasatan mendapati pengemis merupakan warga asing dan telah diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya.

PROGRAM : DARI HATI KE HATI (PKMD BERSAMA PETUGAS PDK DAERAH KUANTAN)
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 21.06.2008
BERTEMPAT : DHE RHU BEACH RESORT KUANTAN 152 SG. KARANG 26100 BESERAH
KUANTAN, PAHANG.

Program Dari Hati Ke Hati dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan. Program ini melibatkan semua Penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kuantan. Program ini bertujuan mengenalpasti permasalahan di kalangan petugas-petugas PDK. Selain itu juga program ini merupakan platform bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini di PDK, serta satu alternatif bagi memperolehi idea-idea yang bernas daripada semua PDK untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta menambahbaik program pemulihan OKU di PDK. Program ini juga adalah untuk mengenalpasti sejauh mana perancangan yang dibuat bagi tempoh 2 tahun yang akan datang bagi setiap PDK. Secara umumnya objektif program ini tercapai melalui satu jambatan pertemuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara JKM dan PDK. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Shamsiah Binti Husin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

PROGRAM : SAYANG DI SAYANG BKP KUANTAN 2008
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 14 JUN 2008
BERTEMPAT : TASKA PENYAYANG CENDERAWASIH

Program Sayang Di Sayang Bridged Kebajikan Perdana (BKP) dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Program ini disertai oleh 50 orang termasuk ahli BKP Kuantan, ahli BKP JKMN Pahang, AJK Taska Penyayang, Petugas Taska Penyayang serta sukarelawan setempat. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kesukarelawan dan semangat berpasukan di kalangan ahli BKP. Program mengecat bangunan Taska Penyayang Cenderawasih yang baru berpindah ke premis baru ini diadakan secara bergotong-royong, membersihkan serta mengindahkan kawasan taska tersebut . Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ialah hiasan landskap, melukis lukisan dinding dan sebagainya.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang dihasratkan. Program berbentuk kemasyarakatan ini perlu diteruskan untuk melahirkan ahli BKP yang aktif, prihatin dan cinta kepada kerja-kerja sukarela.

PROGRAM : PROGRAM MINGGU ILMIAH DAN SUKANEKA III
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 31 MEI 2008 & 1 JUN 2008
BERTEMPAT : PADANG BOLA SEPAK KG. SUNGAI ULAR
Program Minggu Ilmiah Dan Sukaneka iii merupakan program naungan PKMD Kuantan dengan kerjasama Bridged Kebajikan Perdana (BKP), Pusat Tuisyen Desa Gemilang dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kg. Sungai Ular. Program tersebut adalah satu usaha menghidupkan kembali aktiviti tahunan dengan bersukan. Selain itu juga program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri pelajar dalam aktiviti ilmiah. Secara positifnya program ini memberi kesan yang baik dan impak yang mendalam kepada ahli BKP dan yang menyertainya.

Minggu Ilmiah dan Sukaneka III ini telah diadakan selama 2 hari. Acara ilmiah telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 31 Mei 2008 di Pusat Tuisyen Desa Gemilang. Antara acara ilmiah yang dipertandingkan adalah seperti :

Pertandingan Membaca
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Nasyid
Spelling Contest
Pertandingan Mewarna
Manakala acara sukaneka diadakan pada hari Khamis bersamaan 1 Jun 2008 bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Sungai Ular. Seramai 180 orang peserta.
Pelbagai acara telah dilangsungkan melibatkan para peserta, urusetia dan masyarakat kampung. Antara acara yang dilangsungkan seperti berikut :

Larian obor
Lari dalam guni
Bola gua
Rakit darat
Gula-gula dalam tepung
Bina piramid
Golek tayar
Junjung pundi kacang
Bakul lapar
Bawa air dalam sudu
Boling padang
Lari 30 meter
Tarik tali
Lari dalam guni
Secara keseluruhannya, Program Minggu Ilmiah dan Sukaneka III ini berjaya dianjurkan dengan jayanya. Pelbagai pihak mula melibatkan diri dalam menyumbangkan sumbangan bagi menjayakan program kemasyarakatan tersebut. Selain daripada Briged Kebajikan Perdana dan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Kg. Sungai ular, program ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti :
Parlimen Indera Mahkota
ADUN Beserah
Jabatan Kerja Raya
Sekolah Kebangsaan Sungai Ular
Lis Naa Ree Beach Resort
Mercu Beach Resort
BTL Enterprise

PROGRAM SUKANEKA
TARIKH : 1 JUN 2008
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK
KAMPUNG SUNGAI ULAR

No comments: