SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Monday, December 14, 2009

LAPORAN AKTIVITI UNTUK DIMUATKAN DALAM BULETIN


Setiap bulan Unit Pembangunan Komuniti , PKMD Kuantan akan mengadakan Unit Khidmat Penyayang (UKP) di lokasi yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian. UKP adalah unit bergerak yang berfungsi memberi perkhidmatan, menjalankan pendaftaran dan pengurusan bantuan kebajikan di semua kawasan termasuk kawasan terpencil. Pada tahun ini, Program Unit Khidmat Penyayang (UKP) telah diadakan di lokasi seperti berikut:-

BIL TARIKH LOKASI CATATAN

1. 10.5.2009
(Ahad) Arkib Nelayan Beserah, Kuantan. UKP terlibat sempena perasmian Nur @ Rumah yang dirasmikan oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2. 23.7.2009
(Khamis) Pusat Komuniti Kampung Belukar, Kuantan. Program UKP melibatkan 9 orang kakitangan jabatan termasuk 4 daripadanya adalah pegawai projek cari. Sebanyak 14 kes telah dilayan dan disiasat. YB Dato’ Haji Shafik Fauzan bin Sharif DIMP., SMP yang merupakan ADUN Inderapura bersama Ketua Kampung Belukar turut serta bagi menjayakan program ini.

3. 1.8.2009
(Sabtu) Perkarangan Rumah Pangsa Kampung Selamat, Kuantan. UKP terlibat sempena Karnival Kesihatan Dan Kemiskinan JKKK Bersama NGO Dalam Daerah Kuantan. Program ini dirasmikan oleh YB Chang Hong Seong yang merupakan ADUN Teruntum dan juga mendapat kerjasama daripada Pengerusi JKKK Tg. Api/Kg. Selamat/Galing Kecil. Seramai 7 orang kakitangan jabatan terlibat termasuk 2 orang pegawai projek cari. Sebanyak 32 kes telah diterima dan disiasat.

4. 3.9.1009
(Khamis) Balairaya Kampung Tiram, Kuantan. Program UKP ini disertai oleh Ketua Kampung Tiram Encik Ab. Rahaman bin Mohamad. Seramai 7 orang kakitangan yang terlibat termasuk 3 orang pegawai projek cari. Sebanyak 12 kes telah dilayan dan disiasat.

5. 29.10.2009
(Khamis) Balairaya Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan. Program UKP ini mendapat kerjasama daripada Ketua Kampung Sungai Karang Darat di mana seramai 6 orang kakitangan yang terlibat. Sebanyak 73 kes telah dilayan dan disiasat.
(seperti keratan akhbar yang dikembarkan).

No comments: